Prolog
Kelmarin, aku terlihat seekor arnab….
Semalam, aku lihat seekor rusa…
Hari ini, ialah kamu….
Setapak demi setapak, dia melangkah. Dia menghampiri rumah kecil itu. Di Tokyo, dia tinggal di sini, kerana jika dia masih tinggal di rumah peninggalan ibu-bapanya, sudah tentu dia sukar berulang-alik ke tempat kerjanya itu.
“Tadaima… (ucapan apabila masuk ke rumah).” Dia membuka pintu rumah pangsa yang kecil itu. Matanya mencari-cari kelibat Tomoya. Barangkali Tomoya tidur.
“Okaidi… (balasan ucapan).” Tomoya muncul dari dapur dengan tangannya memegang segelas cawan. Dia baru pulang dari tempat kerjanya.
“Dah makan?” Soal Kotomi. Tomoya senyum. Isterinya ini sangat mengambil berat padanya. Tetapi, perasaan itu menelan hatinya. Tempat Kotomi bukan di sini…..
“Dah….” Tomoya ringkas menjawab. Di duduk di tepi meja pemanas itu. Kotomi pun turut duduk di sampingnya.
“Tomoya, awak sakit?” Soal lagi Kotomi. Riak wajah Tomoyo berubah. Dia tahu isterinya dapat mengesan sesuatu yang kurang enak dalam hatinya itu. Biarpun, Kotomi ini seorang yang pasif apabila mengenai dirinya sendiri.
“Tak… Tiada apa-apa.” Dia mengucup dahi isterinya itu. Cintanya pada isterinya itu tiada berbelah bahagi. Akan tetapi, dia sedar, dia terlalu kecil untuk mencintai si gadis yang berintelek tinggi ini.
“Em…” Kotomi lantas memeluk manja Tomoya, sebagai membalas kucupan mesra Tomoya pada dahinya. Dia bahagia. Sangat bahagia bersuamikan Tomoya. Tomoyalah yang menyelamatkannya daripada kesepian silam. Ibu dan ayahnya sudah tiada lagi. Ketika dia masih kecil. Malah, dia dibesarkan tanpa jagaan orang dewasa yang sempurna. Sejak kematian orang tuanya, pihak pengurusan Pusat Fizik Jepun membiayai segala kos dan penjagaan ke atasnya. Setiap hari, akan ada orang datang menjenguk dan melawat Kotomi. Namun demikian, Kotomi sentiasa mengurungkan diri jika mereka datang.
Tomoya memandang sahaja Kotomi yang berada dipangkuannya itu. Dia mengenali gadis ini semasa dia masih lagi kanak-kanak. Zaman kanak-kanaknya taklah seindah seperti orang lain. Dia kehilangan ibunya. Malah, ayahnya juga. Setelah kematian ibunya, ayahnya hanyut ke lautan kesedihan. Ayahnya menjadi pemabuk serta tidak mempedulikan dirinya. Tapi, dia tetap jua meneruskan kehidupannya. Biarpun, jarang ada senyuman pada wajahnya. Mungkin ini jugalah menariknya untuk bersama Kotomi. Sejarah berbeza, kehilangan yang sama….
“Tomoya?” Kotomi memandang tepat padanya. Tomoya senyum pahit. Cuba menyembunyikan isi hatinya itu.
“Saya sentiasa sayang akan awak, Kotomi.” Bisik perlahan Tomoya, menyebabkan pipi Kotomi kemerahan malu, tetapi gembira.
“Mmm….” Kotomi senyum. Senyumannya dua dalam satu. Satu kerana pujian Tomoya, satu lagi untuk berita yang bakal dia sampaikan. Belum lagi dia sempat membuka mulutnya, deringan nada telefon kedengaran.
“Mushi, mushi…(hello dalam bahasa Jepun)” Tomoya menjawab panggilan tersebut. Riak wajah Tomoya menjadi serius. Mungkin sekali dari tempat kerjanya. Tomoya kini adalah seorang juruteknik di sebuah kilang elektronik di kawasan Tokyo. Sering kali dia mendapat panggilan kerana masalah teknikal mesin di sana. Pandangan Kotomi melirik pada wajah Tomoya yang agak berkerut itu. Sekali-sekala Tomoya membalas pandangannya dengan senyuman.
“Hai… (Baik)” Tomoya mengakhiri panggilan itu dan kembali duduk di sisi Kotomi.
“Kerja?” Kotomi dengan suara gusar bertanya.
“Mungkin (senyum)…” Balas Tomoya, perlahan.
“Huh?” Raut wajah Kotomi sedikit berubah. Menunjukkan tanda tanya dalam benak fikirannya. Tomoya ketawa kecil. Inilah raut wajah yang sentiasa menyentuh jiwa raganya. Yang bisa mencuri hati kecilnya itu. Kotomi memang begini.
“Tomoya?” Ujarnya lagi. Tomoya menarik nafas panjang.
“Kamu masih bertenaga untuk keluar?” Soal Tomoya, mengejut.
“Tomoya…?” Tak dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh suaminya. Tomoya sudah pun mencapai jaket sejuknya. Kotomi ikut serta biarpun ragu-ragu.
“Mari…” Tomoya pimpin tangan Kotomi. Kotomi masih dalam keadaan kehairanan dan tak mengerti. Tetapi dia sudah biasa sebgini. Inilah Tomoya. Tomoya ini ibarat angin. Tak dapat dijangka apakah yang difikirnya. Namun, Tomoya punya pendirian.
“Tomoya….” Kotomi mula bersuara kembali setelah mereka melangkah keluar dari rumah pangsa itu.
“Hmm….” Tomoya berpaling ke arah Kotomi. Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh isterinya itu. Kotomi tersenyum kecil.
“Tomoko….”
Bicara pendek Kotomi mengejutkan Tomoya. Tomoya kaku sebentar, dan kemudiannya dia memeluk Kotomi. Dia memeluk dengan sepenuh perasaannya….. Sayang …….
View User's Journal
Kotomi After : Today is you…
Malay title : Kotomi ; hari ini ialah kamu……
ことみ アプタ : きょう は あなた
Written By HN Harima,
As Sequal (Fans) of Clannad. Just for fun.
wahmbulance My Selected Team For RPG Party wahmbulance
Malay title : Kotomi ; hari ini ialah kamu……
ことみ アプタ : きょう は あなた
Written By HN Harima,
As Sequal (Fans) of Clannad. Just for fun.
|
wahmbulance My Selected Team For RPG Party wahmbulance